Showing posts with label China. Show all posts
Showing posts with label China. Show all posts

Melalui Laluan Sutera China (Guangzhou - Xian - Huanjuexian - Lanzhou - Jiayuguan - Xining - Dunhuang -Turpan - Urumqi)

Program : Harga Pakej : Jadual Penerbangan:


HARI 01 K.LUMPUR/GUANGZHOU ( MM )
Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas ke Guangzhou. Sampai di Guangzhou check in di hotel. Aturcara bebas dan makan malam disediakan. Bermalam, di Guangzhou.

HARI 02 GUANGZHOU / XIAN (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi lawatan ke Memorial Dr Sun Yat Sen. Selapas itu ke White Cloud Mountain dan lawatan ke Masjid Huaisheng. Disbelah masjid ini terdapat makam yang juga dipercayai oleh rakyat tempatan sebagai Makam Saad Ibn Waqas. Selepas makan tengahari, menaiki kapal terbang untuk ke Xian. Sampai di Xian check in hotel. Bermalam di Xian.

HARI 03 XIAN (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, lawatan ke kawasan bersejarah yang ternama di China iaitu Terra Cotta. Terra Cotta adalah kawasan dimana dijumpai patung-patung wira perang dizaman dahulu. Terdapat keunikan pada patung-patung tersebut kerana setiap patung yang diukir mempunyai bentuk muka bagi orang yang sama pada zaman dahulu. Makan tengahari dan lawatan ke Big Goose Pagoda dan Huaqing Pool. Menyaksikan persembahan muzik Tang Dynasty dan tarian kebudayaan. Kembali ke hotel. Bermalam di Xian.

HARI 04 MASJID HUAJUEXIAN / LANZHOU ( SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, melawat ke ke Masjid Huajuexiang. Masjid tersebut berusia ratusan tahun. Disini anda dapat menilai bagaimana kehidupan masyarat islam dicelah kebudayaan Buddha. Reka bentuk masjid dan bacaan al-Quran didapati berbeza dari apa yang kita selalu dengar. Masjid tersebut terletak ditengah-tengah bazaar perniagaan yang rata-rata peniaganya beragama islam. Sebelah petang lawatan ke Provincial Historical museum. Sebelah malam mengambil keretapi untuk ke Lanzhou.

HARI 05 LANZHOU / JIAYUGUAN (SP/MT/MM)
Sampai di Lanzhou lawatan ke Statue of Huanghe Mother. Selepas itu ke Iron Bridge dan Water Mill. Selepas makan tengahari menaiki bas ke Xining. Bermalam di Xining.

HARI 06 XINING (SP/MT/MM)
Selepas sarapan anda akan dibawa melawat Tasik Qinghai. Anda dapat menyaksikan permandangan Gunung Riyue. Bersantai di Xining dan mengambil keretapi untuk ke Jiayuguan.

HARI 07 JIAYUGUANG / DUNHUANG (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi melawat sebahagian dari Great Wall. Ianya merupakan jajaran tembok besar cina yang juga terdapat di Beijing. Selepas itu ke Great Wall museum. Selepas makan tengahari, menaiki bas ke Dunhuang. Check in hotel dan bermalam di Dunhuang.

HARI 08 DUNHUANG / TURPAN (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi lawatan ke Mogao Grottoes. Peseta boleh mendapatkan pengalaman menaiki unta untuk ke Tasik Crescent. Sebelah petang peserta akan dibawa untuk menonton tarian dan nyanyian bertemakan ‘laluan Sutera”. Selepas makan malam, menaiki keretapi untuk ke Turpan.

HARI 09 TURPAN (SP/MT/MM)
Sarapan pagi menaiki keldai melawat ke Emin Minaret. Selepas itu ke Gaochang Ancient city dan Grape Village. Sekiranya musim anggur, peserta berpeluang untuk memetik buah anggur. Selepas makan tengahari lawatan ke Karez System dan Pergunungan Flaming. Menu istimewa kambing bakar Xinjiang sebagai makan malam disertai persembahan kebudayaan tempatan. Bermalam di Turpan.

HARI 10 TURPAN / URUMQI (SP/MT/MM)
Selepas sarapan meneruskan perjalanan ke Urumqi. Permandangan yang menarik dimana melalui kawasan padang pasir. Sampai di Urumqi, lawatan ke Tianshan Mountain dan menikmati keindahan panorama Tasik Heavenly. Bermalam di Urumqi.

HARI 11 URUMQI / GUANGZHOU (SP/MT/MM)
Selepas sarapan melawat Red Hill di Sungai Urumqi dan Zhenglong Pagoda. Meneruskan lawatan ke Great Mosque, Selepas makan tengahari, menuju ke Southern Mountain Pasture dan melawat kelurga Muslim di sana. Mengambil penerbangan ke Guangzhou. Checkin di hotel. Bermalam di Guangzhou

HARI 12 GUANGZHOU / K.LUMPUR(SP/MT)
Selepas sarapan aturcara bebas untuk mengadakan lawatan tambahan atau membeli belah di Guangzhou. Mengambil penerbangan untuk kembali ke KLIA , Kuala Lumpur.


Harga Pakej:
Harga Pakej Seorang:
WARGA EMAS
RM
DEWASA
RM (2 org sebilik)

KANAK-KANAK
RM Berkatil
RM Tanpa katil


Jadual & Tarikh penerbangan:


* Harga dan aturcara tertakluk kepada perubahan. Kenaikan harga tiket kapal terbang akan ditanggung oleh peserta walaupun telah membayar deposit. Sekiranya ada kenaikan ’memo’ dari airline akan diberikan sebagai bahan bukti.


Harga Termasuk:
  1. Tiket kelas ekonomi KUL/CAN/KUL
  2. Tiket penerbangan domestik
  3. Penginapan di hotel 3 -4 bintang
  4. Makanan HALAL seperti aturcara
  5. Segala lawatan yang diaturkan
  6. Beg mengembara percuma
  7. Airport tax semua tempat
  8. Caj untuk visa RM 30.00

Harga TIDAK termasuk:
  1. Segala perkhidmatan tambahan di hotel
  2. Lebihan had berat bagasi
  3. Tip untuk pemandu pelancong - IKHLAS

Peringatan:
  1. Peserta dikehendaki menyerahkan salinan passport 15 hari sebelum tarikh berlepas.
Hubungi saya untuk keterangan lebih lanjut email ke : lailah_said@yahoo.com

Pakej - Menakluki Tembok Besar China dan Stadium Olimpik (6 Hari / 5 Malam)

Menakluki Tembok Besar China dan Stadium Olimpik





























Hari Pertama: Kuala Lumpur ( KLIA )(MM)


Berkumpul di KLIA 2 ½ jam sebelum berlepas. Berlepas dari KLIA. Setelah tiba di Beijing pelancong akan dibawa ke melawat Bandar Beijing. Makan malam di restoran tempatan. Check In hotel.

Hari kedua: Tiananmen Square – Forbidden City (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, pelancong akan dibawa melawat Tian’anmen Square dan Forbidden City. Disinilah tempatnya Maharaja China bersemayam pada masa dahulu. Makan tengahari. Selepas itu lawatan ke ChaoNei Mosque. Selepas itu pelancong akan dibawa ke Pusat Kajian Herba. Di sini terdapat pelbagai perubatan herba dari masa dahulu hingga yang terkini dan berpeluang untuk membuat pemeriksaan kersihatan percuma dan khidmat mengurut tapak kaki.

Hari Ketiga: Great Wall (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, Pelancong akan dibawa pula ke Great Wall Of China. pelancong akan diberi penerangan mengenai senibina dan sejarah pembinaan tembok tersebut. Makan tengahari di restoran tempatan. Selepas itu ke Jade Center & Crystal dan selepas itu pelancong akan dibawa singgah ke Baofuling. Makan malam disediakan. Kembali ke Beijing

Hari keempat: Summer palace (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, pelancong akan dibawa melawat ke Summer Palace. Makan tengahari disediakan. selepas itu melawat ke Fresh Water Pearl Center. Melawat ke Ma Dian Mosque. Selepas itu pelancong akan dibawa Silk Centre. Makan malam di restoran tempatan. Membeli belah di Hard Rock Café.

Hari kelima: Panda Zoo - Shopping (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi melawat ke Panda zoo. Kemudian pelancong akan dibawa ke Bird Nest Stadium untuk mengambil gambar dan seterusnya ke Jewelry Shop. Makan tengahari di restoran tempatan. kemudian melawat Masjid Niujie. Selepas solat shopping di Hong Qiao Market dan Ya Show Market.

Hari keenam: Kuala Lumpur (SP/MT)
Selepas sarapan pagi, bertolak ke airport untuk pulang.


Harga Pakej Seorang:

Dewasa RM

Kanak-kanak RM


Jadual & Tarikh penerbangan:

JADUAL PENERBANGAN
Malaysia Airlines

* Harga dan aturcara tertakluk kepada perubahan.


Harga Termasuk:

  • Tiket kelas ekonomi K. Lumpur – Beijing – K. Lumpur.
  • Penginapan di hotel 4* atau setaraf
  • Segala lawatan yang diaturkan termasuk tiket-tiket
  • Caj visa RM 58.00 - 6hari

Harga TIDAK termasuk.
  • Segala perkhidmatan tambahan di hotel.

Peringatan:

  1. Peserta diingatkan supaya menyerahkan passport dan sekeping gambar bagi tujuan permohonan visa 20 hari sebelum tarikh berlepas.
  2. Peserta digalakkan untuk mengambil insurans pelancongan peribadi kos dianggarkan sebanyak RM 45.00 seorang.


Hubungi saya utk keterangan lebih lanjut email ke : lailah_said@yahoo.com