Kembara ke bumi Andalusia(Spain ~ Morocco & Mesir)

14 Hari / 10+1 Malam Penerbangan Egypt Air

:Program : Harga Pakej : Jadual Penerbangan:

Hari 01 Kuala Lumpur
Peserta diminta berkumpul di KLIA 3 jam sebelum masa berlepas. Tempat pertemuan akan diberitahu kepada para peserta 3 minggu sebelum tarikh berlepas.

Hari 02 Kuala Lumpur – Cairo - Madrid
Bertolak ke Madrid, Spain melalui Cairo, Transit sebentar di Cairo sebelum menyambung penerbangan ke Madrid. Selamat tiba di Madrid dan selepas selesai urusan imigresen, anda terus dibawa ke hotel untuk check in ke hotel dan bermalam di Madrid. Anda bebas mengatur aktiviti sendiri pada sebelah petang hingga ke malam.

Hari 03 Madrid (SP/MT)
Selepas sarapan di hotel, bersedia untuk city tour di Bandar Madrid. Antara tempat menarik yang akan dilawati ialah Royal Palace dan Military Museum. Anda pasti tertarik menyaksikan keindahan hiasan dalaman di istana ini. Selesai lawatan, anda bebas melakukan aktiviti sendiri. Bermalam di Madrid.

Hari 04 Madrid – Toledo – Cordoba (SP)
Selepas sarapan di hotel, bersedia untuk perjalanan ke Toledo. Ikuti city tour di bandar Toledo, antara tempat lawatan ialah Santo Tome Church dan kemudian ke Synagogua Transito. Anda akan diterangkan dengan jelas tentang bangunan kediaman berkaitan dengan penduduk Islam, Yahudi dan Kristian yang pernah duduk bersama pada suatu ketika dahulu. Teruskan perjalanan ke Cordoba untuk bermalam di sini.

Hari 05 Cordoba - Granada (SP)
Selepas sarapan di hotel, melawat ke sekitar Mezquita yang pernah dijadikan sebagai mesjid semasa pemerintahan Islam tetapi sekarang ini telah ditukar ke gereja. Banyak kesan senibina Islam terdapat di sini. Teruskan perjalanan ke Granada. Ikuti lawatan di sekitar Bandar Granada. Check in ke hotel dan bermalam di Granada.

Hari 06 Granada – Torremolinos @ Benalmadena (SP)
Selepas sarapan di hotel, lawatan dimulakan dengan menuju ke Al Hambra Palace dan Generalife. Banyak kesan peninggalan tamadun Islam di Istana Al-Hambra ini. Tulisan ayat-ayat Al-Quran masih jelas melekat di dinding Istana ini. Makan tengahari di restoran tempatan, kemudiannya bertolak ke Torremolinos untuk berehat dan bermalam.

Hari 07 Torremolinos – Algeciras – Tangier - Fez (SP/MT)
Selepas sarapan di hotel, bertolak ke Algeciras untuk menaiki feri menuju ke bumi Morocco melalui Selat Gibraltar. Selamat sampai di Tangiers dan anda dibawa melawat ke sekitar bandar ini yang merupakan pintu masuk utama pelancong dari Europe ke Afrika Utara. Perjalanan diteruskan ke Fez untuk berehat dan bermalam di sini. Sepanjang perjalanan ini anda akan dapat melihat beribu-ribu pokok zaitun di kiri kanan jalan.

Hari 08 Fez / Rabat (SP)
Selepas sarapan di hotel, city tour di Bandar Fez. Anda akan dibawa melihat pemandangan indah kota Fez dan selepas itu menuju ke Old Medina. Banyak keunikan yang boleh dilihat di sini seperti melihat cara-cara orang Morocco mewarnakan kulit binatang untuk dijadikan pakaian dan sebagainya. Anda juga berpeluang merasai sendiri pengalaman bagaimana orang asal Morocco (berbers) berjalan di lorong-lorong kecil untuk berdagang di sini. Selepas itu menuju ke Rabat iaitu Bandar yang terkenal dengan panggilan Capital of Kasbah. Bermalam di Rabat.

Hari 09 Rabat / Marrakech (SP)
Selepas sarapan pagi, peserta akan dibawa melawat ke Bandar white and blue ini kerana banyak bangunan diwarnakan dengan dua warna tersebut. Antara tempat lawatan yang hendak dituju ialah Masjid Kaotouba, Hassan Tower, The Royal Palace, Mechour dan ke Udaya. Bertolak ke Marrakech iaitu bandar yang dikenali sebagai ‘the pearl of the south’. Sampai di Marakech dan bermalam di sini.

Hari 10 Marrakech (SP/MT)
Selepas sarapan di hotel, anda akan dibawa melawat ke sekitar Bandar Marrakech. Antara tempat lawatan yang menarik ialah Djemaa El Fna Square dan Bahia Palace. Selepas itu melawat ke Masjid Kaotouba dan Tombeaux Saadiens. Sebelah petang, acara bebas. Sebelah malam, optional untuk menyaksikan tarian budaya yang sangat terkenal di sini. Bermalam di Marakech.

Hari 11 Marrakech / Casablanca (SP/MT)
Selepas sarapan pagi, bertolak ke Casablanca. Sebaik sampai, anda akan dibawa melawat ke Royal Palace, Old Medina dan King Hassan II Mosque. Anda juga akan dibawa ke sekitar Bandar Casablanca untuk melihat pantai Atlantic Ocean. Sebelah petang, anda bebas dengan aktiviti sendiri.

Hari 12 Casablanca / Cairo (SP)
Sarapan pagi di hotel. Anda bebas mengatur aktiviti sendiri seperti membeli-belah atau bersantai di tepi pantai Laut Atlantic. Pada sebelah malam, bertolak ke airport untuk mengambil penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Cairo.

Hari 13 Cairo / Kuala Lumpur
Selamat sampai di Cairo dan anda akan dibawa ke hotel untuk berehat dan bermalam di Cairo. Aturcara bebas untuk anda berjalan-jalan di sekitar Bandar Cairo. Sebelah malam, menuju ke airport untuk mengambil penerbangan ke Kuala Lumpur.

Hari 14 Kuala Lumpur
Anda dijangka tiba di KLIA bersama kenangan manis di bumi Spain, Morocco dan Cairo.


Harga Pakej:
Harga Pakej Seorang:

Dewasa RM seorang (Bilik Berdua)
Warga emas RM (umur 55 tahun ke atas)
Kanak-kanak RM seorang (Berkatil) 2 - 11 tahun


Jadual & Tarikh penerbangan:

*Harga dan tarikh serta jadual penerbangan tertakluk kepada perubahan semasa.
*Harga berdasarkan pada minimum 25 orang peserta.


Harga Termasuk:
  1. Tiket penerbangan pergi dan balik kelas ekonomi dengan penerbangan Egypt Air
  2. Cukai lapangan terbang dan insuran peperangan RM1295
  3. Penginapan di hotel bertaraf 4 bintang
  4. Lawatan seperti dalam aturcara
  5. 9 x sarapan pagi & 4 x makan tengahari Halal
  6. Pengangkutan seperti dalam aturcara
  7. Tips untuk pemandu bas dan pemandu pelancung RM350
  8. Visa memasuki Morocco RM96

Harga TIDAK termasuk:
  1. Makan malam dan beberapa kali makan tengahari
  2. Segala perkhidmatan tambahan di hotel
  3. Bayaran barangan lebih had
  4. Insuran perjalanan peribadi
  5. Porterage di hotel / Porterage di Feri

Nota:
  1. SP = Sarapan Pagi, MT = Makan Tengahari
  2. Memerlukan pasport yang original dan sekeping gambar bewarna berukuran pasport bagi permohonan visa. Dokumen dan gambar ini perlu diserahkan selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh berlepas.
  3. TIADA kemudahan cerek elektrik dan seterika disediakan di dalam hotel.
  4. Peserta yang memerlukan perkhidmatan porter semasa di hotel boleh membayar 3Euro bagi setiap beg kepada tour leader bagi setiap perkhidmatan.
  5. Sebarang kenaikan bahan api (fuel surcharge) oleh syarikat penerbangan akan ditanggung sepenuhnya oleh peserta.
Hubungi saya untuk keterangan lebih lanjut email ke : lailah_said@yahoo.com