Hari 1 Kuala Lumpur – Singapura (MM)
Berkumpul di Malaysia Tourist Centre (MaTiC) Jalan Ampang, sebelum bertolak ke Singapura melalui Link Kedua. Setibanya di Singapura, anda akan dibawa melawat kawasan-kawasan tumpuan pelancong sekitar kota seperti Bangunan Dewan Bandaraya (City Hall), Padang, Hotel Raffles, Theatre On The Bay, mengelilingi kolam air pancut yang terbesar di dunia di Suntec City Mall dan tidak ketinggalan Merlion Park di Marina Bay yang menempatkan ikon termashyur Singapura, Merlion sambil melepasi roda ferris Singapore Flyer.(rujuk jadual lawatan tambahan).Selepas itu anda akan terus dibawa ke hotel untuk proses check-in dan berehat sebelum dibawa ke Restoran Hajjah Maimunah yang terkenal di Jalan Bencoolen untuk makan malam. Selepas makan malam, anda akan dibawa pulang ke hotel. (Lawatan tambahan"Night Safari" samada dengan menaiki tram atau berjalan kaki, rasailah pengalaman bersama haiwan-haiwan safari Afrika di waktu malam seperti zirafah, badak dan tapir yang dibiarkan keluar dari kurungan mereka. Saksikan persembahan haiwan selama 30 minit di Amphitheatre yang menampilkan burung hantu, harimau bintang dan rakun)
Hari 2 Singapura (SP/MM)
Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa ke Sentosa Island. Rasai pengalaman menaiki Sky Tower; salah satu daripada 13 menara pemandangan di dunia di mana anda akan dapat melihat pemandangan indah sekitar Singapura setinggi 131m. Kenali Singapura di Images of Singapore; muzium hidup yang menunjukkan ciri-ciri gaya hidup dan perayaan 4 bangsa utama di Singapura. Selepas itu, anda akan dibawa ke Universal Studio Singapura; lokasi hiburan keluarga yang terbaru di Pulau Sentosa dan yang pertama di Asia Tenggara. Terdapat pelbagai jenis taman tema yang terdapat di sini antaranya roller-coaster bersilang tertinggi di dunia di Battlestar Galactica, panggung wayang 4-D Shrek di Far Far Away Castle, roller-coaster dalam dewan di Revenge of The Mummy, berhibur bersama Alex, Marty, Gloria dan Melman di taman tema Madagascar, dikejar dinosaur T-Rex di Jurassic Park Rapids Adventure, berjalan sepanjang Walks of Fame di Hollywood Boulevard, menyaksikan aksi stuntman di Waterworld dan bersiar-siar di Festive Walk sambil membeli barangan di Hard Rock Shop. Seterusnya menuju ke Pulau Sentosa (Imbiah Lookout); lokasi hiburan dan percutian keluarga yang terkenal di Asia untuk makan malam citarasa Cina di The Archers Restaurant secara buffet sebelum menikmati pertunjukan Songs of The Sea; pemenang pelbagai anugerah pelancongan antarabangsa ini merupakan tarikan terbaru di Pulau Sentosa yang menggabungkan pertunjukan pyrotechnics, lazer, jet air, bunga api dan muzikal selama 30 minit di tepi pantai.
Hari 3 Singapura – Kuala Lumpur (SP/MT)
Selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel, membeli-belah di Mustafa Centre; pusat membeli-belah 24 jam yang terletak di kawasan Little India ini menawarkan pelbagai barangan pada harga yang berpatutan. Makan tengahari di Restoran Seoul Garden sebelum membeli-belah di Bugis Street; lokasi membeli-belah 2 tingkat yang terbesar di Singapura yang menempatkan lebih 600 buah kedai dan gerai. Pelbagai barangan yang dapat anda cari di sini sebagai cenderamata untuk kenalan dan ahli keluarga. Kemudian anda akan dibawa melawat sekitar kawasan Istana Kampong Glam (yang berusia lebih 160 tahun) dan bersembahyang jamak di Masjid Sultan. Akhir sekali, anda akan dibawa membeli-belah di kawasan Orchard Road; kawasan tumpuan pusat membeli-belah utama di Singapura yang antaranya menempatkan Takashimaya, Far East Plaza, Tangs dan Tanglin Mall. Selepas itu bertolak pulang ke Kuala Lumpur dengan 1001 pengalaman yang unik di kota mitos ikan berkepala singa Merlion, Singapura.
Harga All-in Seorang (RM):
Dewasa
Bilik Berdua : RM Seorang
Warga Emas : RM Seorang
Kanak-kanak
Berkatil : RM Seorang
Tanpa Katil : RM Seorang
* Surcaj hotel bagi cuti umum Singapura tidak termasuk di dalam pakej.
* Harga, tarikh & aturcara program tertakluk kepada perubahan.
Harga Termasuk:

- Bas persiaran 44 tempat duduk pergi balik dari Kuala Lumpur ke Singapura.
- Penginapan 2 malam di hotel bertaraf (3*) – Santa Grand / Summerview Hotel.
- Makanan HALAL disediakan sepanjang lawatan mengikut aturcara sahaja.
- Pengangkutan sepanjang lawatan beserta pemandu pelancong mengikut aturcara.
- Tiket masuk ke tempat-tempat lawatan ini sahaja: - Universal Studio Singapore - Sentosa Island - Night Safari - Songs of The Sea
- Cenderahati dari Sentosa Island
Harga Tidak Termasuk:
- Insurans pengembaraan peribadi.
- Servis tambahan di hotel spt. dobi atau angkat bagasi.
- Tiket-tiket masuk permainan selain dari yang dinyatakan.
- Makan tengahari pada hari pertama dan kedua.