Turki-9 hari 7 malam

Istanbul - Bursa - Pamukkale - Konya - Cappadocia – Bolu - Ankara
9 Hari 7 Malam Penerbangan Malaysian Airlines



HARI 01 - 02 KUALA LUMPUR – ISTANBUL - BURSA (SP/MT/MM)
Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum masa berlepas. Bertolak ke Istanbul. Setibanya di Istanbul, anda akan disambut oleh kami disana. Bertolak ke Bursa dengan menaiki ferryboat ke Yalova, melalui Orhangazi dan Gemlik Bay, nikmati pemandangan yang sungguh indah di sepanjang perjalanan di atas ferryboat ini. Selepas sarapan, lawatan dimulakan ke Ulu Mosque, Green Mosque, Green Mausoleum dan ke Silk Market dimana peserta diberi masa bebas membeli belah barangan cenderahati tempatan seperti cushion cover, curtain, table cloth dll. Selepas makan tengahari check in hotel, makan malam dan bermalam di Bursa.

HARI 03 BURSA – PAMUKKALE (252.92 KM ) (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, bertolak ke Pamukkale dan nikmati makan tengahari. Lawatan sepenuh hari di bandar purba Roman Hierapolis, saksikan bandar lama yang menyimpan sejarah awal kerajaaan Turki, pelbagai artifek tinggalan sejarah dapat dilihat disini. Peserta kemudiannya dibawa melawat ke kawasan teres air panas aneh yang dikenali dengan nama Cotton Castle. Check in hotel selepas makan malam dan bermalam di Pamukkale.

HARI 04 PAMUKKALE – KONYA ( 295.53KM ) – CAPPADOCIA ( 212.08 KM ) (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, menuju ke Konya dan teruskan lawatan ke bandar suci Konya dengan mengunjungi Mevlana Museumdi mana peserta boleh melihat kesan kesan awal pendudukan Islam di Turki. Pelbagai barangan tinggalan Mevlana seperti ukiran kayu, karpet, alat muzik, dll boleh dilihat disini. Peserta akan diberi penerangan mengenai tarian Mevlana yang terkenal iaitu “Wherling Derwish” tarian dimana penarinya mampu berputar untuk satu jangka masa yang panjang!, Saksikan keunikan Mevlana Museum ini. Sambung perjalanan ke Cappadocia. Singgah sebentar di Sultanhani Caravanserai iaitu salah sebuah tempat persinggahan pedagang zaman dulu dalam perjalanan menuju ke Silk Road. Daftar masuk ke hotel, makan malam dan bermalam di Cappadocia.

HARI 05 CAPPADOCIA (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel, lawatan sepenuh hari di bandar Cappadocia, bandar yang dikenali dengan nama “The Flinstone House”. Antara tempat yang akan dilawati ialah Underground City of Kaymakli, Pasabag Valley, kilang karpet buatan tangan dan kilang Pottery di Avanos Village. Pottery dan karpet Turki telah diakui antara yang terbaik didunia. Saksikan sendiri kehalusan seni dan proses pembuatannya, peserta juga boleh membeli karpet atau barangan pottery ini pada harga yang berpatutan. Makan malam dan bermalam di hotel.

HARI 06 CAPPADOCIA-ANKARA ( 214.93 KM )–BOLU ( 139.40 KM ) (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, check out dan bertolak ke Bolu melalui bandar Ankara. Ankara merupakan pusat pentadbiran Turki juga dikenali sebagai “The city of Ataturk”. Melawat ke Mausoleum dan Museum of Ataturk dimana peserta boleh melihat sendiri sejarah pemerintahan kerajaan Mustafa Kamal Ataturk yang telah menukar Turki dari sebuah Negara Islam menjadi sebuah kerajaan sekular. Sambung perjalanan ke Bolu, sebuah kawasan peranginan yang terletak di kaki gunung. Makan malam dan bermalam di hotel.

HARI 07 BOLU – ISTANBUL ( 224.12 KM ) (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, bertolak ke Istanbul. Satu-satunya bandar didunia yang menggabungkan 2 benua, Eropah dan Asia. Selepas makan tengahari di Istanbul, Melawat ke Masjid Rustem Pasa yang terkenal dengan kecantikan jubinnya. Seterusnya melawat ke masjid Sultan Suleiman dan akhir sekali ke masjid Ayyob Al-Ansar. Makan malam dan bermalam di Istanbul.

HARI 08 ISTANBUL (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, mulakan lawatan hari ini dengan mengunjungi Masjid Biru (Blue Mosque) untuk rakamkan kenangan anda disini. Selepas itu menuju ke Hippodrome dan ke St Sophia, St Sophia merupakan sebuah bangunan unik yang pernah dijadikan gereja, masjid dan sekarang sebuah muzium. Seterusnya melawat ke Topkapi Palace, disini tersimpannya pelbagai khazanah Islam dan barangan peninggalan Rasulullah SAW seperti janggut, pedang, kesan tapak kaki dsbnya. Selepas makan tengahari, masa bebas membeli belah di Grand Covered Bazaar, bazaar tertutup terbesar di dunia. Lebih 4000 buah kedai terdapat didalamnya. Makan malam dan bermalam di Istanbul.

HARI 09 – 10 ISTANBUL – KUALA LUMPUR (SP)
Selepas sarapan, bebas melakukan aktiviti sendiri sebelum dibawa ke airport untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Tiba di Kuala Lumpur bersama kenangan manis dibumi Turki


Tour (Harga)
Dewasa Bosphorus Cruise + Ortakoy + Spice Market USD60 (min 10 person)
Hot Air Baloon USD220 (min 01 person)
Traditional Turkish Bath in Cappadocia USD45 (min 10 person)



HARGA ALL IN
Dewasa RM seorang (bilik berdua)
Warga Emas RM seorang (bilik berdua)

Kanak-Kanak
RM seorang ( Berkatil) (5-11 tahun)
Kanak-Kanak RM seorang ( Tanpa katil) (2-4 tahun)

*harga, tarikh, jadual penerbangan & program tertakluk kepada perubahan


Jadual Penerbangan:


Harga Termasuk:
  1. Tiket pergi balik kelas ekonomi dengan penerbangan Malaysia Airlines
  2. Cukai lapangan terbang dan insuran peperangan
  3. Penginapan di hotel bertaraf 3-4*
  4. Makan halal seperti dalam aturcara
  5. Pengangkutan seperti dalam aturcara dan bayaran masuk
  6. Minuman ketika makan malam 1 botol besar untuk setiap 4 orang
  7. Tipping ( Guide - 5 USD x per pax x per day / Driver - 3USD x per pax x per day )

Harga Tidak Termasuk:
  • Insuran perjalanan peribadi
  • Perkhidmatan tambahan di hotel
  • Barangan lebih had, perbelanjaan peribadi
Hubungi saya untuk keterangan lebih lanjut email ke : lailah_said@yahoo.com