Pakej - Membeli belah di Saigon & Chu Chi (4H/3M) - 2011

Program : Harga Pakej : Jadual Penerbangan :

Pakej Ho Chi Minh / My Tho City (4H/3M)


Hari Pertama: Kuala Lumpur - Saigon (MM)
Berlepas dari KLIA. Setelah tiba di Bandar Ho Chi Minh, pelancong akan dibawa ke hotel. Dalam perjalanan, pelancong akan diberi keterangan mengenai bandar Saigon atau kini dikenali sebagai Bandar Ho Chi Minh iaitu sebuah bandar yang berusia lebih 300 tahun. Pelancong akan dibawa singgah di Pejabat Pos Saigon yang mempunyai reka bentuk yang sangat unik berasaskan reka bentuk ala bangunan lama di Perancis. Seteleh check-in di hotel dan berehat seketika, para pelancong akan dibawa menikmati makan malam di restoran tempatan.

Hari Kedua: Terowong Chu Chi - Ben Thanh Shopping (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pelancong akan dibawa terus menuju ke Terowong Chu Chi yang terletak 75 km dari Bandar Ho Chi Minh. Terowong tersebut sepanjang 210 km yang digunakan sebagai kubu semasa perang Vietnam dahulu. Pelancong boleh menimba pengalaman menembak menggunakan senjata api berpeluru hidup dengan bayaran tertentu. Setelah balik ke HCM city makan tengahari di restoran tempatan., Selepas itu ke War museum. Pelbagai gambar-gambar kekejaman kesan dari peperangan ditunjukkan disini. Sebelah petang membeli belah di Ben Than Market yang mempunyai pelbagai barang-barang perhiasan yang diperbuat dari emas hingga ke kayu-kayan.

Hari Ketiga: My Tho City - free shopping (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, pelancong akan dibawa melawat ke My Tho City. Pelancong akan dibawa menaiki sampan panjang melalui denai-denai di Sungai Mekong dan melawat dusun buah-buahan. Pelancong akan dijamu dengan buah-buahan mengikut musim ketika itu. Minuman istimewa (teh dicampur madu) dihidangkan untuk menambah tenaga dan menghilang dahaga. Sambil itu alunan muzik tradisional dimainkan untuk memeriahkan suasana. Lawatan diteruskan dengan melawat ladang ternakan lebah di Ben Tre Province dan makanan berasaskan kelapa. Makan tengahari di Ho Chi Minh City. Sebelah petang membeli belah di Vi Anh Boutique. Selepas itu kembali membeli belah di Ben Thanh market.

Hari Keempat: Saigon - Kuala Lumpur (SP)
Aturcara bebas sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur


Harga Pakej:
Harga Pakej Seorang:
DEWASA
RM 2 org sebilik

KANAK-KANAK
RM 


Jadual & Tarikh penerbangan:


Jadual & Tarikh penerbangan :




* Harga dan aturcara tertakluk kepada perubahan. Kenaikan harga tiket kapal terbang akan ditanggung oleh peserta walaupun telah membayar deposit. Sekiranya ada kenaikan ’memo’ dari airline akan diberikan sebagai bahan bukti.


Harga Termasuk:
  • Tiket kelas ekonomi K. Lumpur – Saigon – K. Lumpur.
  • Penginapan di hotel 3 Bintang
  • Segala lawatan yang diaturkan termasuk tiket-tiket untuk memasuki tempat-tempat lawatan.
  • Makanan HALAL untuk makan tengahari dan makan malam.
  • Airport tax di KLIA
  • Tip untuk pemandu pelancong
  • Fuel charges
  • A. Tax Vietnam USD 14.00

Harga TIDAK termasuk:
  • Segala perkhidmatan tambahan di hotel
  • Potter mengangkat beg

Peringatan:
1. Peserta dikehendaki menyerahkan salinan passport 15 hari sebelum tarikh berlepas.
Sila hubungi saya untuk keterangan lebih lanjut email ke: lailah_said@yahoo.com

0 Response to "Pakej - Membeli belah di Saigon & Chu Chi (4H/3M) - 2011"