Jakarta-Puncak-Bandung (4Hari 3 Malam)


JAKARTA PUNCAK BANDUNG- 4 HARI 3 MALAM

HARI 1 BANDUNG (Makan Malam)
Setibanya di Lapangan Terbang Soekarno Hatta,anda akan di sambut oleh wakil kami dan di bawa mengelilingi Kota Jakarta,perjalanan di teruskan ke Taman Mini Indonesia Indah sebelum aktiviti membeli belah di Mangga 2.Setelah itu bertolak ke Bandung,sebaik sahaja tiba di Bandung,anda akan di bawa ke Rumah Moda,setelah itu makan malam.


Hari 2 Bandung (Sarapan/Makan Tengahari/Makan Malam)
Selepas bersarapan,memulakan perjalanan ke Gunung Tangkuban Perahu dan Sari Ater Hot Spring. Setelah makan tengahari, anda akan dibawa ke Pasar Baru dan Factory  Outlet untuk membeli belah di HERITAGE,CIHAMPELAS,DAGO STREETS.Makan malam di Restotan tempatan.Kemudin bertolak ke Puncak dan bermalam.


Hari 3 Puncak & Jakarta (Sarapan/Makan Tengahari/Makan Malam)
Selepas bersarapan aktiviti di teruskan ke Taman Safari Indonesia di mana anda berpeluang melihat pelbagai pertunjukkan yang menarik ATAU ke Taman Bunga Nusantara di mana terdapat pelbagai koleksi bunga hampir dari seluruh dunia. Setelah makan tengahari bertolak ke Jakarta. Setibanya di sana,singgah di ITC Cempaka untuk membeli belah kemudian makan malam di Restoran Nasi Padang.






Hari 4 Jakarta (Sarapan/Makan Tengahari)
Setelah bersarapan pagi di hotel, bertolak ke MONAS dimana anda berkesempatan untuk mengambil gambar dan kemudian melihat bandaraya Kota Jakarta.Setelah aktiviti membeli belah di Tanah Abang sebelum makan tengahari dan bertolak balik ke Lapangan Terbang. Semoga 1001 kenangan tercipta sepanjang percutian anda bersama kami

PAKEJ TERMASUK:
* Tiket Penerbangan
* Penyediaan makanan
* Penginapan
* Pengangkutan & Pemandung Pelancong
* Bayaran masuk ke tempat lawatan

PAKEJ TIDAK TERMASUK
* Perbelanjaan Peribadi
* Tipping kepada pemandu (seikhlas hati)
* Airport Tax Rp150,000.00

HOTEL :

TARIKH PAKEJ :15-18 JAN,17-20 MAR, 8-11 APR,27-30 MAY,9-12 JUNE,21-24 NOV,8-11 DEC

HARGA
DEWASA : RM1395.00
KANAK2 : RM1295.00

Untuk keterangan lebih lanjut email ke : lailah_said@yahoo.com

Pakej 4Hari 2 Malam Langkawi - 2011

                        

HARI 01 (Makan Malam)
>Bertolak ke Langkawi sekitar 8 malam dan terus ke Kuala Perlis.


>HARI 02 (Makan Tengahari/Makan Malam)
>Dijangka tiba di hentian rehat Kuala Kedah sekitar 6 pagi dan terus ke Padang Besar untuk membeli belah. Sekitar jam 12 tengahari bertolak ke jeti untuk
>ke Pulau Langkawi, sebaik sahaja tiba di Pulau Langkawi anda akan dibawa
>ke hotel. Aktiviti bebas dan makan malam pada jam 8 malam.




>HARI 03 (Sarapan, Makan Tengahari & Makan Malam)
>Setelah bersarapan, aktiviti menjelajah Pulau Langkawi dimulakan dengan ke Kilang Gamat, Makam Mahsuri, Beras Terbakar, dan Zon Bebas Cukai. Pada sebelah petang pula anda akan dibawa ke Pekan untuk membeli belah barangan dan produk tempatan. Makan tengahari & makan malam di restoran tempatan.




>HARI 04 (Sarapan)
>Setelah bersarapan, bertolak balik ke feri Kuala Perlis dan terus ke Johor Bahru.


>Pakej Termasuk :
>- Penginapan di hotel
>- Penyediaan makanan
>- Feri
>- Transfer in/out hotel
>- 1 day tour
>- Entrance fee (Cable car + mahsuri)


Harga :


Dewasa RM
Kanak2 RM

Turki-2

Istanbul - Bursa - Pamukkale - Konya - Cappadocia – Bolu - Ankara
10 Hari 08 Malam Penerbangan Gulf Air


HARI 01 KUALA LUMPUR – BAHRAIN
Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum masa berlepas. Bertolak ke Bahrain . Tiba di Bahrain, daftar masuk ke hotel. Makan malam dan aktiviti bebas.

HARI 02 BAHRAIN – ISTANBUL – BURSA (MM)
Selepas sarapan, bertolak ke Istanbul . Tiba di Istanbul, peserta akan disambut oleh wakil kami disana. Bertolak ke Bursa dengan menaiki ferryboat ke Yalova, melalui Orhangazi dan Gemlik Bay , nikmati pemandangan yang sungguh indah disepanjang perjalanan diatas ferryboat ini. Daftar masuk ke hotel, makan malam dan bermalam di Bursa.

HARI 03 BURSA - PAMUKKALE (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, check out dan melawat ke Ulu Mosque, Green Mosque, Green Mausoleum dan ke Silk Market dimana peserta diberi masa bebas membeli belah barangan cenderahati tempatan seperti cushion cover, curtain, table cloth dll. Sambung perjalanan ke Pamukkale. Daftar masuk dan bermalam di Pamukkale.

HARI 04 PAMUKKALE-KONYA – CAPPADOCIA (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, melawat ke bandar purba Roman Hierapolis, saksikan bandar lama yang menyimpan sejarah awal kerajaaan Turki, pelbagai artifek tinggalan sejarah dapat dilihat disini, peserta kemudiannya dibawa melawat ke kawasan teres air panas aneh yang dikenali dengan nama Cotton Castle, teruskan lawatan ke bandar suci Konya dengan mengunjungi Mevlana Museum, disini peserta boleh melihat kesan kesan awal pendudukan Islam di Turki, pelbagai barangan tinggalan Mevlana seperti ukiran kayu, karpet, alat muzik, dll boleh dilihat disini. Peserta akan diberi penerangan mengenai tarian Mevlana yang terkenal iaitu “Wherling Derwish” tarian dimana penarinya mampu berputar untuk satu jangka masa yang panjang!, saksikan keunikan Mevlana Museum ini, sambung perjalanan ke Cappadocia, singgah sebentar di Sultanhani Caravanserai, salah sebuah tempat persinggah pedagang dulu dalam perjalanan menuju ke Silk Road . Daftar masuk ke hotel, makan malam dan bermalam di Cappadocia.

HARI 05 CAPPADOCIA (SP/MT/MM)
Sarapan, pagi di hotel, lawatan sepenuh hari di bandar Cappadocia, bandar yang dikenali dengan nama “The Flinstone House”, antara tempat yang akan dilawati ialah Underground City of Kaymakli, Pasabag Valley, kilang karpet buatan tangan dan kilang Pottery di Avanos Village, pottery dan karpet Turki telah diakui antara yang terbaik didunia, saksikan sendiri kehalusan seni dan proses pembuatannya, peserta juga boleh membeli karpet atau barangan pottery ini pada harga yang berpatutan. Makan malam dan bermalam di hotel.

HARI 06 CAPPADOCIA-ANKARA-BOLU (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, check out dan bertolak ke Bolu melalui bandar Ankara, Ankara merupakan pusat pentadbiran Turki juga dikenali sebagai “The city of Ataturk”, melawat ke Mausoleum dan Museum of Ataturk dimana peserta boleh melihat sendiri sejarah pemerintahan kerajaan Mustafa Kamal Ataturk yang telah menukar Turki dari sebuah Negara Islam menjadi sebuah kerajaan sekular. Sambung perjalanan ke Bolu, sebuah kawasan peranginan yang terletak di kaki gunung. Makan malam dan bermalam di hotel.

HARI 07 BOLU - ISTANBUL (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, bertolak ke Istanbul , satu-satunya bandar didunia yang mengabungkan 2 benua, Eropah dan Asia . Setibanya di Istanbul, melawat ke Blue Mosque atau Masjid Biru yang amat terkenal dengan keunikan senibinanya, dibina oleh Mehmet Alga, anak murid kepada arkitek agung, Ibnu Sinan. Rakamkan kenangan anda disini. Sambung lawatan ke Hippodrome, sebuah kawasan peninggalan pahlawan gladiator dahulu kala, digunakan sebagai kawasan untuk acara sukan dll di zaman dulu. Makan malam dan bermalam di Istanbul.

HARI 08 ISTANBUL (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, melawat ke Topkapi Palace, disini tersimpannya pelbagai khazanah Islam dan barangan peninggalan Rasulullah SAW seperti janggut, pedang, kesan tapak kaki dsbnya, lawatan diteruskan ke St Sophia, sebuah bangunan yang pernah dijadikan gereja, masjid dan sekarang muzium. Selepas makan tengahari, masa bebas membeli belah di Grand Covered Bazaar, bazaar tertutup terbesar di dunia, lebih 4000 buah kedai terdapat didalamnya. Makan malam dan bermalam di Istanbul.

HARI 09-10 (SP)
Selepas sarapan, bebas melakukan aktiviti sendiri atau menyertai optional tour sebelum dibawa ke airport untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Bahrain .


Optional Tour (Harga untuk Dewasa)
Bosphorus Cruise + Ortakoy + Spice Market USD60 (min 10 person)
Hot Air Baloon USD220 (min 01 person)
Culture Show in Cappadocia USD50 (min 10 person)


Harga Pakej
Harga Pakej Seorang :
Dewasa
RM seorang (bilik berdua)

Kanak-Kanak (2-11 tahun)
RM  seorang (berkatil/berkongsi dengan 2 orang dewasa)

Warga Emas (55 tahun keatas)
RM  seorang


 Tarikh penerbangan:


*harga, tarikh & program tertakluk kepada perubahan


Harga Termasuk:
  • Tiket penerbangan pergi dan balik kelas ekonomi dengan penerbangan Gulf Air
  • Cukai lapangan terbang dan insuran peperangan
  • Penginapan di hotel bertaraf 3-4*
  • Lawatan seperti dalam aturcara
  • Makan halal seperti dalam aturcara
  • Pengangkutan seperti dalam aturcara dan bayaran masuk
  • Minuman ketika makan malam 1 botol besar untuk 4 orang
  • Tips untuk guide & driver

Harga Tidak Termasuk:
  • Insuran perjalanan peribadi
  • Perbelanjaan peribadi
  • Segala perkhidmatan tambahan di hotel
  • Barangan lebih had

Batam Package 3Days 2 Nights




BATAM ISLAND - 3DAYS 2 NIGHTS





Hari 01 : Kedatangan di Batam (D)
Tiba di Batam anda akan dijemput di Feri Terminal dan di hantar makan malam di lokal restaurant. Selesai makan diantar ke hotel untuk check in. Acara bebas.

Hari 02 : Batam – City Tour (B,L,D)
Sarapan pagi di hotel. Setelah itu City tour mengunjungi Jambatan Balerang, Camp. Vietnam(Lokasi pengungsian manusia perahu), Perkebunan Buah Naga/ Dragon Fruits, Mesjid Raya, Vihara Maitreyawira lalu berbelanja di Nagoya. Makan siang dan malam bersama di lokal restaurant. Kembali ke hotel. Acara bebas.



Hari 03 : Transfer Out (B)
Setelah sarapan pagi di hotel, acara bebas sampai anda diantar ke Bandar untuk perjalanan selanjutnya. Acara tour berakhir.

Harga Paket Tour Termasuk :
l        Akomodasi 2 Malam di Hotel Pilihan (Twin sharing)
l        Tiket masuk obyek wisata
l        AC Transport  +  Guide
l        2X B'fast, 1X Lunch, 2X Dinner
l        Transfer in/out


Harga Paket Tidak Termasuk :
l        Tiket JKT – BTH – JKT
l        Airport tax & Porter di Airport
l        Pengeluaran pribadi
l        Tips Supir dan Guide
l        High Sesion Surcharge




Price : 
Adult RM
Child RM




Untuk keterangan lebih lanjut sila email ke : lailah_said@yahoo.com




Universal Studios Singapore



















Perjalanan ke Singapura:
  • Bertolak dari Johor Bahru jam 7:00 pagi
  • Tiba USS jam 9:00 pagi
  • Terdapat 7 tempat menarik yang perlu di jelajah iaitu :-
    * Far-far Away
    * Madagascar
    *Hollywood
    *New York
    *Sci Fi City
    *Ancient Egypt
    *Lost World
  • Pelbagai aktiviti yang mencabar dan alami pengalaman yang berbeza
  • Jam 6:00 petang bertolak balik ke Johor Bahru
  • Membawa balik 1001 kenangan indah


   


Harga:
Dewasa : RM240
Kanak2 : RM190


Harga Termasuk:
  • Pengangkutan
  • Tiket masuk
Hubungi saya untuk keterangan lebih lanjut email ke : lailah_said@yahoo.com

Turki-9 hari 7 malam

Istanbul - Bursa - Pamukkale - Konya - Cappadocia – Bolu - Ankara
9 Hari 7 Malam Penerbangan Malaysian Airlines



HARI 01 - 02 KUALA LUMPUR – ISTANBUL - BURSA (SP/MT/MM)
Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum masa berlepas. Bertolak ke Istanbul. Setibanya di Istanbul, anda akan disambut oleh kami disana. Bertolak ke Bursa dengan menaiki ferryboat ke Yalova, melalui Orhangazi dan Gemlik Bay, nikmati pemandangan yang sungguh indah di sepanjang perjalanan di atas ferryboat ini. Selepas sarapan, lawatan dimulakan ke Ulu Mosque, Green Mosque, Green Mausoleum dan ke Silk Market dimana peserta diberi masa bebas membeli belah barangan cenderahati tempatan seperti cushion cover, curtain, table cloth dll. Selepas makan tengahari check in hotel, makan malam dan bermalam di Bursa.

HARI 03 BURSA – PAMUKKALE (252.92 KM ) (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, bertolak ke Pamukkale dan nikmati makan tengahari. Lawatan sepenuh hari di bandar purba Roman Hierapolis, saksikan bandar lama yang menyimpan sejarah awal kerajaaan Turki, pelbagai artifek tinggalan sejarah dapat dilihat disini. Peserta kemudiannya dibawa melawat ke kawasan teres air panas aneh yang dikenali dengan nama Cotton Castle. Check in hotel selepas makan malam dan bermalam di Pamukkale.

HARI 04 PAMUKKALE – KONYA ( 295.53KM ) – CAPPADOCIA ( 212.08 KM ) (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, menuju ke Konya dan teruskan lawatan ke bandar suci Konya dengan mengunjungi Mevlana Museumdi mana peserta boleh melihat kesan kesan awal pendudukan Islam di Turki. Pelbagai barangan tinggalan Mevlana seperti ukiran kayu, karpet, alat muzik, dll boleh dilihat disini. Peserta akan diberi penerangan mengenai tarian Mevlana yang terkenal iaitu “Wherling Derwish” tarian dimana penarinya mampu berputar untuk satu jangka masa yang panjang!, Saksikan keunikan Mevlana Museum ini. Sambung perjalanan ke Cappadocia. Singgah sebentar di Sultanhani Caravanserai iaitu salah sebuah tempat persinggahan pedagang zaman dulu dalam perjalanan menuju ke Silk Road. Daftar masuk ke hotel, makan malam dan bermalam di Cappadocia.

HARI 05 CAPPADOCIA (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel, lawatan sepenuh hari di bandar Cappadocia, bandar yang dikenali dengan nama “The Flinstone House”. Antara tempat yang akan dilawati ialah Underground City of Kaymakli, Pasabag Valley, kilang karpet buatan tangan dan kilang Pottery di Avanos Village. Pottery dan karpet Turki telah diakui antara yang terbaik didunia. Saksikan sendiri kehalusan seni dan proses pembuatannya, peserta juga boleh membeli karpet atau barangan pottery ini pada harga yang berpatutan. Makan malam dan bermalam di hotel.

HARI 06 CAPPADOCIA-ANKARA ( 214.93 KM )–BOLU ( 139.40 KM ) (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, check out dan bertolak ke Bolu melalui bandar Ankara. Ankara merupakan pusat pentadbiran Turki juga dikenali sebagai “The city of Ataturk”. Melawat ke Mausoleum dan Museum of Ataturk dimana peserta boleh melihat sendiri sejarah pemerintahan kerajaan Mustafa Kamal Ataturk yang telah menukar Turki dari sebuah Negara Islam menjadi sebuah kerajaan sekular. Sambung perjalanan ke Bolu, sebuah kawasan peranginan yang terletak di kaki gunung. Makan malam dan bermalam di hotel.

HARI 07 BOLU – ISTANBUL ( 224.12 KM ) (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, bertolak ke Istanbul. Satu-satunya bandar didunia yang menggabungkan 2 benua, Eropah dan Asia. Selepas makan tengahari di Istanbul, Melawat ke Masjid Rustem Pasa yang terkenal dengan kecantikan jubinnya. Seterusnya melawat ke masjid Sultan Suleiman dan akhir sekali ke masjid Ayyob Al-Ansar. Makan malam dan bermalam di Istanbul.

HARI 08 ISTANBUL (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, mulakan lawatan hari ini dengan mengunjungi Masjid Biru (Blue Mosque) untuk rakamkan kenangan anda disini. Selepas itu menuju ke Hippodrome dan ke St Sophia, St Sophia merupakan sebuah bangunan unik yang pernah dijadikan gereja, masjid dan sekarang sebuah muzium. Seterusnya melawat ke Topkapi Palace, disini tersimpannya pelbagai khazanah Islam dan barangan peninggalan Rasulullah SAW seperti janggut, pedang, kesan tapak kaki dsbnya. Selepas makan tengahari, masa bebas membeli belah di Grand Covered Bazaar, bazaar tertutup terbesar di dunia. Lebih 4000 buah kedai terdapat didalamnya. Makan malam dan bermalam di Istanbul.

HARI 09 – 10 ISTANBUL – KUALA LUMPUR (SP)
Selepas sarapan, bebas melakukan aktiviti sendiri sebelum dibawa ke airport untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Tiba di Kuala Lumpur bersama kenangan manis dibumi Turki


Tour (Harga)
Dewasa Bosphorus Cruise + Ortakoy + Spice Market USD60 (min 10 person)
Hot Air Baloon USD220 (min 01 person)
Traditional Turkish Bath in Cappadocia USD45 (min 10 person)



HARGA ALL IN
Dewasa RM seorang (bilik berdua)
Warga Emas RM seorang (bilik berdua)

Kanak-Kanak
RM seorang ( Berkatil) (5-11 tahun)
Kanak-Kanak RM seorang ( Tanpa katil) (2-4 tahun)

*harga, tarikh, jadual penerbangan & program tertakluk kepada perubahan


Jadual Penerbangan:


Harga Termasuk:
  1. Tiket pergi balik kelas ekonomi dengan penerbangan Malaysia Airlines
  2. Cukai lapangan terbang dan insuran peperangan
  3. Penginapan di hotel bertaraf 3-4*
  4. Makan halal seperti dalam aturcara
  5. Pengangkutan seperti dalam aturcara dan bayaran masuk
  6. Minuman ketika makan malam 1 botol besar untuk setiap 4 orang
  7. Tipping ( Guide - 5 USD x per pax x per day / Driver - 3USD x per pax x per day )

Harga Tidak Termasuk:
  • Insuran perjalanan peribadi
  • Perkhidmatan tambahan di hotel
  • Barangan lebih had, perbelanjaan peribadi
Hubungi saya untuk keterangan lebih lanjut email ke : lailah_said@yahoo.com

Keriangan Keluarga @ Kota Merlion, Singapura


Hari 1 Kuala Lumpur – Singapura (MM)
Berkumpul di Malaysia Tourist Centre (MaTiC) Jalan Ampang, sebelum bertolak ke Singapura melalui Link Kedua. Setibanya di Singapura, anda akan dibawa melawat kawasan-kawasan tumpuan pelancong sekitar kota seperti Bangunan Dewan Bandaraya (City Hall), Padang, Hotel Raffles, Theatre On The Bay, mengelilingi kolam air pancut yang terbesar di dunia di Suntec City Mall dan tidak ketinggalan Merlion Park di Marina Bay yang menempatkan ikon termashyur Singapura, Merlion sambil melepasi roda ferris Singapore Flyer.(rujuk jadual lawatan tambahan).Selepas itu anda akan terus dibawa ke hotel untuk proses check-in dan berehat sebelum dibawa ke Restoran Hajjah Maimunah yang terkenal di Jalan Bencoolen untuk makan malam. Selepas makan malam, anda akan dibawa pulang ke hotel. (Lawatan tambahan"Night Safari" samada dengan menaiki tram atau berjalan kaki, rasailah pengalaman bersama haiwan-haiwan safari Afrika di waktu malam seperti zirafah, badak dan tapir yang dibiarkan keluar dari kurungan mereka. Saksikan persembahan haiwan selama 30 minit di Amphitheatre yang menampilkan burung hantu, harimau bintang dan rakun)

Hari 2 Singapura (SP/MM)
Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa ke Sentosa Island. Rasai pengalaman menaiki Sky Tower; salah satu daripada 13 menara pemandangan di dunia di mana anda akan dapat melihat pemandangan indah sekitar Singapura setinggi 131m. Kenali Singapura di Images of Singapore; muzium hidup yang menunjukkan ciri-ciri gaya hidup dan perayaan 4 bangsa utama di Singapura. Selepas itu, anda akan dibawa ke Universal Studio Singapura; lokasi hiburan keluarga yang terbaru di Pulau Sentosa dan yang pertama di Asia Tenggara. Terdapat pelbagai jenis taman tema yang terdapat di sini antaranya roller-coaster bersilang tertinggi di dunia di Battlestar Galactica, panggung wayang 4-D Shrek di Far Far Away Castle, roller-coaster dalam dewan di Revenge of The Mummy, berhibur bersama Alex, Marty, Gloria dan Melman di taman tema Madagascar, dikejar dinosaur T-Rex di Jurassic Park Rapids Adventure, berjalan sepanjang Walks of Fame di Hollywood Boulevard, menyaksikan aksi stuntman di Waterworld dan bersiar-siar di Festive Walk sambil membeli barangan di Hard Rock Shop. Seterusnya menuju ke Pulau Sentosa (Imbiah Lookout); lokasi hiburan dan percutian keluarga yang terkenal di Asia untuk makan malam citarasa Cina di The Archers Restaurant secara buffet sebelum menikmati pertunjukan Songs of The Sea; pemenang pelbagai anugerah pelancongan antarabangsa ini merupakan tarikan terbaru di Pulau Sentosa yang menggabungkan pertunjukan pyrotechnics, lazer, jet air, bunga api dan muzikal selama 30 minit di tepi pantai.

Hari 3 Singapura – Kuala Lumpur (SP/MT)
Selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel, membeli-belah di Mustafa Centre; pusat membeli-belah 24 jam yang terletak di kawasan Little India ini menawarkan pelbagai barangan pada harga yang berpatutan. Makan tengahari di Restoran Seoul Garden sebelum membeli-belah di Bugis Street; lokasi membeli-belah 2 tingkat yang terbesar di Singapura yang menempatkan lebih 600 buah kedai dan gerai. Pelbagai barangan yang dapat anda cari di sini sebagai cenderamata untuk kenalan dan ahli keluarga. Kemudian anda akan dibawa melawat sekitar kawasan Istana Kampong Glam (yang berusia lebih 160 tahun) dan bersembahyang jamak di Masjid Sultan. Akhir sekali, anda akan dibawa membeli-belah di kawasan Orchard Road; kawasan tumpuan pusat membeli-belah utama di Singapura yang antaranya menempatkan Takashimaya, Far East Plaza, Tangs dan Tanglin Mall. Selepas itu bertolak pulang ke Kuala Lumpur dengan 1001 pengalaman yang unik di kota mitos ikan berkepala singa Merlion, Singapura.


Harga All-in Seorang (RM):
Dewasa
Bilik Berdua : RM Seorang
Warga Emas : RM Seorang

Kanak-kanak
Berkatil : RM Seorang
Tanpa Katil : RM Seorang

* Surcaj hotel bagi cuti umum Singapura tidak termasuk di dalam pakej.
* Harga, tarikh & aturcara program tertakluk kepada perubahan.


Harga Termasuk:
  1. Bas persiaran 44 tempat duduk pergi balik dari Kuala Lumpur ke Singapura.
  2. Penginapan 2 malam di hotel bertaraf (3*) – Santa Grand / Summerview Hotel.
  3. Makanan HALAL disediakan sepanjang lawatan mengikut aturcara sahaja.
  4. Pengangkutan sepanjang lawatan beserta pemandu pelancong mengikut aturcara.
  5. Tiket masuk ke tempat-tempat lawatan ini sahaja: - Universal Studio Singapore - Sentosa Island - Night Safari - Songs of The Sea
  6. Cenderahati dari Sentosa Island

Harga Tidak Termasuk:
  1. Insurans pengembaraan peribadi.
  2. Servis tambahan di hotel spt. dobi atau angkat bagasi.
  3. Tiket-tiket masuk permainan selain dari yang dinyatakan.
  4. Makan tengahari pada hari pertama dan kedua.
Hubungi saya untuk keterangan lebih lanjut email ke : lailah_said@yahoo.com